Search This Blog

Sunday, December 18, 2011

Cukup sudah rakyat diperbodohkan oleh Anwar dan PKR selama ini. PKR bakal dihukum dalam PRU 13 nanti.











Pakatan Pembangkang kian Rapuh berikutan ramai Ahli mereka keluar parti
Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang meletakkan semua jawatan dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan," katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR

Satu persatu pemimpin tinggi PKR meninggalkan parti anak beranak Anwar Ibrahim. In sudah tentu menyedarkan rakyat bahawa matlamat PKR bukan untuk rakyat tetapi untuk memenuhi agenda politik peribadi Anwar Ibrahim.

Lim Boo Chang adalah Ketua Cabang PKR yang juga ahli Majlis Perbandaran Penang sendiri mengakui bahawa PKR TELAH GAGAL MEMENUHI JANJI.

Cukup sudah rakyat diperbodohkan oleh Anwar dan PKR selama ini. PKR bakal dihukum dalam PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment