Search This Blog

Thursday, April 21, 2011

Fitnah Dan Perkauman tidak patut wujud

Asalamualaikum........
Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menulis blog cucuimamrasu ini lagi. Di kesempatan ini saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah berjaya memenangi kerusi Pilihanraya Dun Negeri Sarawak,atas kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal akhirnya Barisan Nasional masih lagi dihati Rakyat Negeri Sarawak, Walaupun parti pembangkang berjaya merampas 15 kerusi di Dun Sarawak.tahniah kepada calon yang menang cucuimamrasu ucapkan.

Pada pilihanraya Dun  Sarawak kali ini,cucuimamrasu melihat cara berkempen sudah semakin Agresif dan Agak kertelaluan dari segi moral dan Akhlak parti bertanding, Cucuimamrasu melihat pihak pembangkang banyak bermain dengan isu tanah Adat, Kawasan Balak, dan hasil galian Mineral Seperti Minyak. Sikap Parti yang bertanding terlalu taksub dan radikal dalam menyampaikan ceramah rapat umum adalah sangat kerterlaluan. Mereka melebelkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah seperti Penjajah,Lebih zalim dari Raja Brooke kerana dikatakan Kerajaan Barisan Nasional mengambil Tanah Adat dan Balak dengan sesuka hati,Miskin ditindas,di campur aduk pula dengan isu pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dgn Perdana Menteri . Sememangnya mereka berkerja keras untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada kali ini. Disebalik itu,Isu yang besar disini adalah membabitkan Ketua Menteri Sarawak iaitu Taib Mahmud, isu yang diperbesarkan oleh parti pembangkang pada kali ini adalah supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak, Kerana beliau disabitkan dengan pelbagai tuduhan seperti cucuimamrasu utarakan diatas, dari segi sosial nya cucuimamrasu jugak bersetuju dengan cadangan agar Taib Mahmud berundur dari jawatan Ketua Menteri Sarawak,bukan cucuimamrasu menidakkan akan kredibiliti sebagai seorang Ketua Menteri tetapi Ini kerana beliau seharusnya memberi peluang kepada Pemimpin atau muka baru didalam kepimpinan parti Barisan Nasional Sarawak agar Rakyat masih menganggap parti Barisan Nasional masih releven di mata mereka.

Dari segi pengundi yang keluar mengundi pula, cucuimamrasu mengucapkan terima kasih kepada  rakyat Sarawak kerana mereka masih berpegang dan taat setia kepada parti Barisan Nasional atau lebih harum namanya iala Parti Perikatan, mengapa cucuimamrasu mengatakan tentang parti perikatan? Hal ini kerana Dengan Parti Perikatan ini Dahululah Negeri Sarawak berjaya masuk kedalam gagasan Malaysia sebagai sebuah negeri dan bernaung di bawah Kedaulatan Raja Melayu, kesetiaan pengundi Sarawak yang masih mempercayai parti Barisan Nasional dari tomahan dan hasutan parti pembangkang dengan pelbagai isu ini berjaya ditepis oleh Rakyat Sarawak.

Faktor kejayaan Barisan Nasional mendapat mandat daripada rakyat negeri Sarawak adalah disebabkan Jentera Parti Barisan Nasional yang bertungkus lumus berkerja keras dalam memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, Kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak yang berlandaskan prinsip Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dan juga Rakyat Sarawak menolak kepimpinan bukan bumiputra sebagai pemipin tertinggi mereka dan ini membuktikan bahawa Taib Mahmud masih lagi dipercayai oleh rakyat Sarawak, dan yang pastinya rakyat Sarawak pasti ,hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu memberi pembangunan kepada Negeri mereka.

Daripada apa yang cucuimamrasu perhatikan, Pada kali ini dalam pegamatan cucuimamrasu melihat, Pola pengundian Undi Bumiputra dan Non bumi agak ketara, ini kerana berlakunya berberapa Kerusi yang dahulunya dimiliki oleh Barisan Nasional telah  tumbang ketangan pembangkang,Buktinya adalah undi non Bumi iaitu Bangsa Cina telah banyak lari ketangan pembangkang, hal ini kerana Parti yang bertanding dikawasan itu adalah daripada DAP,apa yang cucuimamrasu  lihat disekitar laman sosial  Facebook dan Twwiter, Ramai yang mengatakan Kaum Cina tidak patut dilayan,kaum cina sudah bertindak rasis dan sebagainya. Dari pengamatan cucuimamrasu,  kaum cina kemungkinan besar tidak menolak parti Barisan Nasional, Hal ini kerana mengikut Pilihan Raya Kecil disemananjung baru-baru ini sikap keterbukaan yang sering diambil kira oleh pengundi cina ini,kita harus melihat dan mengkaji dari sudut masalah dalaman, parti yang bertanding di dun sarawak yang jatuh ketangan DAP itu adalah ditandingi juga oleh Parti berbangsa yang sama iaitu cina juga, Disini kita dapat melihat bahawa masalah yang dihadapai ialah Parti SUPP tidak dapat menawan hati pengundi @masyarakat  setempat,mungkin pengundi  kurang percaya dengan sikap dan cara kepimpinan parti SUPP dalam melaksanakan tugas sebelum ini membuatkan pengundi@ rakyat berasa kecewa dengan calon dan pemimpin peringkat tertinggi dalam parti tersebut.Walau bagaimana pun Parti Barisan Nasional tidak boleh memandang ringan akan hal ini kerana Parti Barisan Nasional perlu lebih proaktif dalam proses mengambalikan keyakinan Pengundi cina terhadap Barisan Nasional.Apa yang tidak kena dengan kaum cina nie?????Apa yang mereka Mahu????????......(tunggu ada ulasan yang cucu uatarakan nanti)

Manakala parti dalaman Pakatan Rakyat iaitu PKR sememangnya tidak berjaya untuk menjadikan Pilihanraya Dun Sarawak ini menjadi satu Tsunami besar yang digembar gemburkan oleh mereka bahawa akan berlaku Tsunami besar dan di laman facebook Dato seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa mereka akan menang besar di Dun Negeri Sarawak adalah tidak menjadi .kebanyakan mengatakan cara mereka mengadakan rapat umum adalah dengan melontarkan pelbagai dakyah dan tomahan yang memburuk-burukan kerajaan Barisan Nasional sehingga membuatkan rakyat Sarawak merasakan sikap yang mereka tonjolkan itu bukan la sikap yang harus diteladani dan dipuji.Rakyat akan menolak sikap pemimpin yang rakus dan tidak mempunyai nilai moral yang rendah atau tidak berintegriti.dari sudut pengamatan cucuimamrasu,parti PKR ini begitu banyak masalah dan krisis dalam membabitkan akar umbi dan barisan kepimpinan tertinggi mereka.sebagai ketua parti Dato Seri anwar ibrahim mempunyai banyak masalahnya dalam kes liwat dan yang terbaru pertuduhan pembabitan beliau didalam skandal seks beliau oleh Trio Datuk T. Hal ini memberikan kesan yang amat buruk sekali terhadap kredibilti beliau sebagai ketua pembangkang, kita tunggu akan keputusannya nanti........

Manakala parti Pas nie pula adalah seperti feeder dalam permainan takraw beliau hanya pandai mengankat bola dan memastikan bola yang diangkat killer dapat masuk menerjah kedalam pihak lawan..atau lebih senang cucuimamrasu katakan disini mereka seperti kuda tunganggan sahaja. tidak ada apa yang parti pas dapat dalam pilihanraya sarawak ini hanya pulang dengan membawa telur ayam sahaja. zero not to be hero,pada pendapat cucuimamrasu, parti Pas ini harus sedar akan kredebiliti mereka dalam memimpin rakyat,cucuimamrasu pernah duduk dan belajar di UITM Machang kelantan,bagi cucuimamrasu, tiada apa pembangunan yang mereka dapat jalankan selain mecanang kesana kesini tentang keburukan kerajaan Barisan Nasional,seharusnya mereka sedar akan cara urus tadbir negeri mereka dahulu yang boleh dikatakan 99% terkebelakang dari negeri -negeri lain dari sudut pentadbiran, pembangunan, sosial, Dan ekonomi.berpijak lah dibumi yang nyata...

Parti Dap????? atau pap???? parti yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.Barisan kepimpinannya yang terdiri daripada Kaum cina yang menentang dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang telah lama berjuang untuk memerdekakan negara dianggap oleh mereka sebagai parti yang tidak membebaskan rakyat dengan keadilan, Sekeras-kerasnya cucuimamrasu menentang dengan cara politik yang mereka bawa ini. Cuba kita lihat akan apa yang berlaku di kg buah pala pulau pinang, habis rumah dirobohkan,angkara pentadbiran mereka yang dikatakan menegakkan keadilan rakyat........adakah ini sikap dan sifat pemimpin yang harus dicontohi oleh rakyat......lupakan sahaja mengenai parti Dap ini.....

Bersambung...............................

No comments:

Post a Comment